KUALA LUMPUR: Ujian Amali Sains bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 melibatkan mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan akan dilaksanakan pada 5 hingga 7 Dis ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 91,908 calon telah mendaftar bagi mata pelajaran Fizik, manakala bagi subjek Kimia ialah 93,135 calon, Biologi (72,841 calon) dan Sains Tambahan (1,784 calon).
"KPM ingin mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2023 bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menjelaskan bahawa jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun menerusi laman sesawang Lembaga Peperiksaan (LP) melalui pautan lp.moe.gov.my.
"Calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.
"Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPM Tahun 2023," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, KPM memberitahu pihaknya cakna dengan keselamatan dan kebajikan calon serta semua petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana termasuk musim banjir sepanjang peperiksaan SPM tahun ini berlangsung.
"KPM sentiasa siap siaga dengan mekanisme dan langkah persediaan sewajarnya termasuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain yang berkaitan," menurut kenyataan itu.
Semua calon peperiksaan SPM Tahun 2023 juga dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan segera sekiranya tidak dapat hadir ke pusat peperiksaan yang ditetapkan atau mana-mana pusat peperiksaan berhampiran disebabkan bencana.
Selain itu, calon juga boleh menghubungi talian bilik gerakan peperiksaan yang disediakan di ibu pejabat LP dan JPN di seluruh negara, menurut kenyataan itu.
"KPM komited untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan peperiksaan SPM Tahun 2023 dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
KPM memaklumkan sebanyak 91,908 calon telah mendaftar bagi mata pelajaran Fizik, manakala bagi subjek Kimia ialah 93,135 calon, Biologi (72,841 calon) dan Sains Tambahan (1,784 calon). - Gambar hiasan
Kecoh himpunan 250 ekor 'oyen'
Orang ramai terutama pencinta kucing begitu teruja menyaksikan gelagat kucing berbulu oren daripada pelbagai baka.
[TERKINI] Pembentangan hala tuju baharu agensi bermandat Bumiputera
Pembentangan Hala Tuju Baharu Agensi Bermandat Bumiputera: Yayasan Peneraju, TERAJU Dan Ekuinas akan diadakan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli turut hadir menyampaikan ucapan khas.
AWANI Ringkas: Operasi SAR dipergiat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tragedi kren tumbang kekal terpahat dalam ingatan
Kejadian kren tumbang yang berlaku pada September 2015 itu mengorbankan lebih 100 jemaah dan mencederakan lebih 230 lagi.
AWANI Pagi: Salahkah tayang bahagia di media sosial?
Kini ramai yang menggunakan media sosial untuk memaparkan kebahagiaan mereka. Adakah media sosial ketika ini menjadi penentu atau kayu ukur kebahagiaan? Salah atau perlu berpada-pada? Ikuti perkongsiannya dalam AWANI Pagi.
Islam Makhachev tak tolak kemungkinan lawan McGregor
Katanya, dia bukan bercakap besar atau memperkecilkan kemampuan McGregor tetapi keyakinannya berpandukan kepada realiti sebenar.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi;
Perkembangan terkini nahas helikopter Presiden Iran
Serangan terhadap polis, keselamatan dipertingkat
Teresa Kok terima ugutan bunuh
#AWANInews #AWANIPagi
Perkembangan terkini nahas helikopter Presiden Iran
Serangan terhadap polis, keselamatan dipertingkat
Teresa Kok terima ugutan bunuh
#AWANInews #AWANIPagi
AirTag generasi baharu dijangka diperkenal tahun depan, dengan cip dikemas kini
Apple kini dalam fasa pembangunan AirTag generasi baharu, dan menyasarkan untuk melancarkannya sekitar pertengahan tahun 2025 kelak.
Siri kelak boleh rumus notifikasi pada iPhone - dengan sokongan integrasi AI
Siri juga kelak boleh meringkaskan sesuatu berita, melakukan transkrip untuk memo suara, serta penambahbaikan pada gambar yang dirakam.
Lawatan Tiga Negara: Berjaya jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bln - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
SPM 2023: Ujian Amali Sains pada 5 hingga 7 Disember
Ujian Amali Sains bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 melibatkan mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan akan dilaksanakan pada 5 hingga 7 Dis ini.
SPM 2023 bermula 5 Dis hingga 7 Mac 2024 - KPM
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan bermula pada 5 Dis tahun ini hingga 7 Mac 2024.
SPM 2023 diawalkan, KPM akan keluar kenyataan rasmi - Fadhlina
KPM akan mengeluarkan kenyataan media rasmi berkaitan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 yang dikatakan bermula lebih awal pada 5 Disember depan.
Tarikh pendaftaran peperiksaan SPM 2023 untuk calon persendirian dilanjutkan
Lanjutan ini bagi memberi peluang kedua kepada hampir 30,000 calon SPM Tahun 2022 yang tidak dapat hadir untuk menduduki peperiksaan itu.